Tuesday, October 22, 2013

All about rindu

Hai semua, kali ni saya nak berbicara pasal 'rindu'. Banyak perkara yang saya rindu dalam hidup ini. Rindu terhadap segala-galanya. Saat ini aku sangat merindui ibuku yang jauh nun di sana. Tak tau nak cakap apa. Minggu ni pun tak dapat balik rumah sebab ada trip ke Kuching. Kalau aku mampu memang nak ajak ibu sekali untuk pergi.

Hehe, rindu dengan kengkawan sama sekolah dulu. Rindu dengan Dorithy, Andrew, Baniesha, Shirley, Lucy, Gloria, Roslind dan banyak lagi kawan-kawan yang aku rindu. Kenapa kita dipisahkan oleh waktu seperti ini. Ada dalam kalangan kawan-kawan yang sudah ada family sekarang ni. Siap ada baby. Hehe...

Rindu dengan seorang ni pula, aku tak boleh mention nama dia kat sini. Honestly i memang rindu kat dia...Tak tau nak cakap apa lagi. Wait for my next story...Thanks for reading...Abhen love you..

Exam Will Come

Oh My God,

Dah last semester sudah. Alhamdulillah. Exam kali ni aku duduk banyak sangat paper. 5 paper sekali gus. Paper aku ialah EDU3105, BMM3107, BMM3108, PJM3110 dan ELM3102. Kalau nak tau subjek apa korang boleh view kat google. Baru tau apa paper tu. Tak cakap dah belajar langsung belum. Bayang-bayang pun tak nampak lagi. Susah la macam ni.

Dah la jadual exam sama macam sem lepas. Setiap hari ada paper tapi yang bestnya kita orang habis awal. 10.11.2013 dah boleh balik sudah. Dapat la aku pulang awal dan spent masa sikit untuk kerja nak cari duit lebih untuk pergi Sabah nanti. Bestnye....

Aku saja jak nak update about exam. By the way good luck to everyone.... Thanks for reading. Abhen love you..

The Busy October

Wow...!! Bulan 10 ni memang bulan yang sangat aku tak boleh terima dalam kamus hidup aku tahun 2013 ni. As usual, IPG aku ni memang tak lekang dengan pelbagai aktiviti yang seolah-olah tidak mempunyai perancangan. Semua aktiviti dijalankan serentak. Mereka ingat student ni robot ke nak buat perkara dalam masa yang sama. Dah la dalam masa study week pula buat aktiviti. Tak kesian ke dengan student nak buat revision. 

Lepas tu, pertandingan kawad juga akan berlangsung sama tarikh dengan aku pergi Kuching. Ada rasa kecewa juga sebab tak dapat iku. Maklumlah, semester ni kan semester last aku ambil UB. Tahun depan cuma guna je baju tu. Situasi agak renggang ketika ini tak tahu siapa pula yang harus dipersalahkan. Biasalah manusia, semua tak betul. Aku malas nak ambil peduli apa yang penting aku boleh attend majlis aku tu. 

Bila dapat tiket flight free, aku mestilah pergil. Lagipun sekali sekala bah dapat benda tu. Tuhan bagi rezeki jangan sesekali kita tolak. 

Thanks for reading. Abhen love you...

I Proud to be mySelf

Syukur kepada Tuhan kerana dalam umur 21 ini saya telah mendapat satu kejayaan dalam bidang yang saya minati iaitu bidang Penulisan. Baru-baru ini saya berjaya mendapat tempat dalam Peraduan Menulis Esei Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak bagi kategori awam. Saya akan pergi ke Kuching pada 25 ini untuk majlis penyampaian hadiah di Auditorium, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching. I'm proud to be myself. Thanks for reading.