Monday, April 11, 2011

cabaran dan dugaan sebagai pelajar IPTA

pertama kali aku melangkah kaki ke IPG.....memang aku tidak mengidamkan semua ini dahulu..atas dasar kasih dan sayang kepada ibuku aku rela cita-cita sebenarku dilupakan begitu sahaja walaupun pahit untukku buang. ibu dan bapaku sangat gembira kerana namaku tersenarai utk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan. tidak ku duga bahawa ianya tidak seperti mana yang orang gambarkan..aku sentiasa melaluinya dengan kesabaran yg tdak ikhlas dari hati kecilku...

ibuku....org yang sangat penting dalam hidupku..beliau banyak memberi keperluan diriku..hidup aku serba kekurangan dan ibu sangat mementingkan pendidikan aku..aku rasa memang ibu bangga dengan kejayaan yang aku dapat dlam SPM 2009..ibu bangga kerana pengorbanan nya telah aku tebus dgn kemasukan aku ke IPG kerana ibu memang inginkan aku menjdi seorang pendidik sejak dari kecil lagi aku sudah diberikan cita-cita tersebut..

sesudah aku berkampung di sini..aku merasa kehidupan yg sangat berbeza dengan kehidupanku di sekolah menengah..aku merasa kehilangan teman-teman rapatku dan aku harus berdepan dengan orang baru dan kawan-kawan ku yang lama tidak pernah aku lupakan..mereka sentiasa tersemat dalam hatiku.

kehidupan sebagai pelajar IPTA memang mengjengkelkan kerana aku ingat hidup di kampus berbeza dengan sekolah tetapi semuanya hampir sama kecuali cara belajar dan masa.. aku bukan seorang yang sabar sebenarnya dan aku seorang yang cepat marah..banyak dugaan yang telah aku tempuh sepanjang satu sem setengah aku di kampus ini..paling aku benci apabila kami yang junior DICOP tdak menghormati senior..perlukah...???aku akan hormat orang apabila orang itu hormat aku...dan aku paling pantang orang yang suka mengutuk aku..bagi aku kekurangan org lain jgnlah difikirkan kerana semua itu ciptaan Tuhan da sesiapa yg mengtuk org itu maka orang itu mengtuk Tuhan yang mencipta org tersebut..

sayangilah masa muda....aku teringat semua orang yang pernah aku sayangi dalam hidup...

No comments:

Post a Comment