Monday, September 24, 2012

Kenangan

Wow…… bangga saya dapat menjalani kehidupan sampai ke hari ini. Bukan niat nak menjatuhkan siapa-siapa dan tidak pernah saya cuba untuk mengkhianat sesiapa. Banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang saya tidak pernah update blog yang tercinta ini. Saya ingin mencerita hal peribadi dari segi persahabatan. Saya pernah bergaduh dengan seorang rakan menyebabkan saya tidak bertegur sapa dengannya sejak 9 Februari 2012 sampai 3 Ogos 2012… panjang sangat tempoh tersebut untuk dikenang. Perasaan sedih bercampur benci berkocak menguasai jiwa menyebabkan keadaan itu terjadi dan semuanya bukan diingini. Sukar untuk menceritakan keadaan yang sebenar kerana siapa yang mengalaminya maka dia dapat merasa apa yang terjadi. Tetapi sekarang dah ok dah… I promise it never come again…. Bulan kerja kursus pun dah berlalu dan bulan folder melanda menyebabkan duit banyak melayang. Tapi apakan daya kita hanya menurut perintah orang atasan….. nothing to say….. thanks for view….

No comments:

Post a Comment