Sunday, September 11, 2011

SETANGGI KASIHMU GURU

Setanggi Kasihmu Guru
Oleh:
ABHEN (PPISMP BM 1 JUN 2010)
            Tuhan telah mencipta makhluk yang pelbagai rupa untuk menghuni bumi ciptaanNya ini. Tuhan mencipta  manusia dengan pelbagai rupa dan raut wajah yang berbeza. Ada manusia yang sempurna fizikalnya dan ada juga yang kurang sempurna fizikalnya.
            Bilik darjah yang riuh itu, kini telah menjadi sunyi sepi apabila kami menyedari hentakan kasut tumit tinggi milik “singa betina” yang mengajar subjek Kimia kelas kami semakin menghampiri kelas kami. Aku tidak berani untuk menatap wajah singa itu apatah lagi bertentangan mata dengannya.
            “Good morning, class!” ujar Cikgu Saida tanpa sedikitpun senyumannya disedekahkan kepada kami. Masing-masing berdiri untuk mengucapkan selamat pagi, sebelum duduk kembali. Sejurus selepas itu, Cikgu Saida meminta kami mengeluarkan buku latihan dan menunjukkan kepadanya soalan yang diberikan olehnya tempoh hari.
“Ika?” sebaik sahaja namaku diujarkan oleh “mulut longkang” itu, automatik perutku kecut! Sejujurnya aku memang takut akan cikgu yang seorang ini. Sememangnya aku menjadi sasaran dan tempatnya menempiaskan kemarahannya lebih-lebih lagi aku merupakan pelajar yang paling lemah subjek Kimia dalam kelasku.
“Do you know what are you write here?” suara Cikgu Saida mula meninggi. Aku memang tidak akan memandang mukanya apatah lagi menjawab soalannya.
“Ya! Tuhanku, tolong hamba-Mu ini. Aku telah membuat apa yang setakat aku mampu. Sesungguhnya aku mengaku aku tidak tahu apa-apa tentang subjek Kimia ini.
“Oi! Awak bisukah?” Awak tidak ada lidah lagi ke nak bersuara? Saya bukan ajar orang yang bisu. Kalau awak bisu saya boleh tolong hantar awak ke sekolah orang bisu. Awak ni memang bodohlah, soalan semudah itupun awak tak erti nak jawab.” Ujar Cikgu Saida sambil memukul kepalaku dengan buku latihan aku sendiri.
Aku terdiam dan tidak terdaya untuk melawan. “Inikah sebenarnya yang dikatakan guru?” Bisik hati kecilku.
“Ika, kalau awak tak berminat dengan subjek Kimia ini lebih baik awak drop saja subjek ini. Cikgu risau awak akan menjatuhkan peratusan subjek Kimia ini nanti. Malu cikgu gara-gara kamu seorang yang gagal. Faham!” Kata Cikgu Saida dengan bongkaknya.
“Baik...cikgu...”. Hanya itu sahaja yang terdaya aku lemparkan dari mulutku. Sejurus selepas itu, Cikgu Saida menulis sesuatu di papan tulis.
Aku hanya mampu memandang sepi 30 soalan yang diberikan oleh Cikgu Saida itu. Bukan aku tak nak buat, tapi...
“Ya! Tuhanku, mengapa aku harus berhadapan dengan subjek yang menyebabkan aku dibenci oleh guruku? Mengapa permohonan aku masuk ke kelas sastera tidak disahkan dahulu? Sekiranya disahkan, tidaklah aku berdepan dengan “singa betina” yang menggetarkan setiap inci hatiku. Tapi, apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Aku harus menghadapi subjek ini sehingga SPM.” Getus hati kecilku.
Aku berputus asa untuk menyiapkan latihan itu sehingga aku memesongkan fikiranku mengenangkan hal lain yang lebih menenangkan hatiku.
Terbayang satu persatu wajah rakan sekelasku yang memandangku penuh dengan persoalan. Ika, adakah kau sebodoh yang disangkan? Aku hanya terdiam memikirkan nasib malangku ini.
Wajah Juliana, Emma, Roslind...mereka yang sememangnya pelajar genius di kelasku. Mereka memang menjadi kegemaran Cikgu Saida.
“Ika, makan sayang!” Ujar mak sambil memeluk aku dari belakang.
“Ika...tak sihat?” Soal mak bimbang.
“Tak!”, tiba-tiba kepalaku terasa berat. Sakit sangat.
“Kenapa dengan anak mak ni? Ika bagitau mak. Ika sakit ke?” Soal mak dengan cemas.
“Ika tak apa-apa mak. Mak makanlah dulu...” kataku.
Sejak dua tiga hari ini, sakit kepalaku semakin menjadi-jadi. Aku terpaksa menahan sakit yang tidak kepalang.
Sebelum SPM menjelma, aku telahpun siapkan diri aku dengan ilmu yang penuh didada untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan nanti. Aku tidak menampakkan diri aku ada mengulangkaji pelajaran tetapi aku belajar tanpa pengetahuan orang lain. Aku mengambil 10 subjek dalam SPM ini. Aku berharap subjek Kimia tidak akan mengganggu subjek yang lain.
Kini, aku tidak perlu ke sekolah kerana cuti hujung tahun sudah menjelma. SPM pun akan melabuhkan tirainya. Disaat aku menahan kesakitan kepalaku, disaat itulah aku cuba mengingati segala yang telah aku pelajari selama ini.
Aku bertekad untuk berjaya dalam SPM ini dan aku ingin menggembirakan kedua-dua orang tuaku dan aku ingin membuka mata Cikgu Saida seluas-luasnya bahawa akupun akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.
Semua subjek yang aku ambil telahpun aku duduki dan dapat aku jawab dengan sebaik-baiknya termasuk subjek Kimia yang sukar bagiku atas dorongan ibu bapa, sanak saudara, guru-guru dan rakan-rakan yang menyayangi diri ini. Sekarang, aku hanya menunggu keputusan diumumkan sahaja lagi.
“Ika, lepas SPM keluar nanti Ika nak sambung study kat mana?” ujar ibu dengan nada rendah. “Ika tak tau lagi mak.” Jawabku bersahaja.
Aku mempunyai cita-cita sejak dari kecil lagi dan ibu telah menghalang aku untuk meneruskan cita-cita itu kerana ibu ingin aku menjadi seorang guru dan tidak pernah terlintas difikiranku untuk menjadi seorang guru.
Pada pagi itu, aku ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM yang diumumkan pada pagi tersebut. Aku terkejut beruk kerana aku telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2009. Aku telah mendapat 10A+ dalam semua subjek. Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi. Aku termenung melihat ke arah keputusan dan gred subjek Kimia aku juga mendapat A+.
“Dapatlah aku pergi oversea ni.” Bisik hati kecilku gembira.
Aku bersyukur sangat-sangat kepada Tuhan kerana usahaku selama ini tidak sia-sia. Sememangnya, usaha tangga kejayaan.
“Tahniah!” Itulah ucapan yang aku dengar sepanjang aku berada di sekolah.
Aku tercari-cari Cikgu Saida tetapi gagal. Aku bertanya kepada rakan-rakan yang masih menuntut di sekolah mengatakan Cikgu Saida mengikuti program luar sekolah.
Aku terus berlalu dari situ dan pulang ke rumah dalam kadar yang segera. Aku tidak sabar untuk memberitahu ibu keputusan yang aku perolehi.
Ibu gembira tidak terhingga sehingga kelua air matanya sambil memelukku.
“Tahniah! Pintar sungguh anak mak ni.” Kata mak.
Aku pitam. Aku melihat sesuatu berputar-putar dikelopak mataku. Aku rasa kepalaku berat sangat dan aku tidak dapat berfikir lagi. Aku hanya mampu melihat ada satu cahaya turun ke arah aku dan ada tangan menjemput aku.
Disaat rakan-rakanku mendapat khidmat nasihat daripada guru-guru untuk menghadiri temu duga kerjaya tetapi aku sudah kembali ke pangkuanNya.
“Juliana, mana Ika?” Tanya Cikgu Saida.
“Cikgu, Ika sudah meninggal. Tumor kanser yang bersarang dalam kepalanya tidak dapat diubat lagi. jenazah Ika telah selamat dikebumikan awal pagi tadi.” Ujar Juliana dengan genangan air mata.
“Cikgu, arwah ada surat buat cikgu.” Kata Juliana sambil menyerahkan sekeping sampul surat kepada Cikgu Saida. Cikgu Saida menerima surat itu dengan linangan air mata yang berguguran bak manik-manik jernih atuh menimpa bumi.
“Cikgu nak keluar sekejap. Nanti kita sambung perbincangan tadi.” Ujar Cikgu Saida sambil keluar dari pejabatnya. Cikgu Saida membuka surat itu dengan pelahan-lahan dan menyelami isinya.
Kepangkuan cikgu yang aku segani,
        Salam sejahtera cikgu, disaat cikgu membaca surat ini, Ika sudah damai di alam barzakh dan pergi buat selama-lamanya. Ika mencoret warkah ini bukan untuk meminta simpati daripada cikgu atas pemergian Ika. Tuhan lebih menyayangi Ika. Cikgu, Ika mencoretkan warkah ini bukan juga untuk meminta pujian daripada cikgu kerana Ika berjaya mendapat A+ dalam subjek yang cikgu ajar. Ika tidak berniat sama sekali untuk meminta semua itu. Ika ingin memohon seribu kemaafan daripada cikgu kerana Ika telah membuat cikgu susah semasa mengajar. Sebenarnya cikgu, Ika bukan lemah subjek tersebut tetapi otak Ika terganggu oleh ketumbuhan dikepala Ika. Ika memang merahsia hal ini sehingga Ika menghembus nafas yang terakhir. Cikgu usahlah bersedih kerana Ika tak pernah menyimpan dendam terhadap cikgu. Cikgu janganlah terlalu memandang rendah terhadap kelemahan orang. Cikgu, kejayaan Ika hanya sia-sia kerana Ika tak kemana-mana. Terima kasih atas perbuatan cikgu selama ini membuatkan Ika lebih bersemangat untuk belajar. Ika doakan cikgu bahagia dan dimurahkan rezeki. Jadilah peminpin yang disukai dek kerana kehebatan ilmunya bukan kerana kebusukan hatinya. Ika sayang cikgu. Jujur Ika katakan. Perjuanganmu cikgu, ibarat setanggi kasih untuk anak muridmu ini. Selamat tinggal Cikgu Saida.
                                                                        Yang ikhlas,
                                                                                Ika
              Manik-manik jernih mengalir dari kelopak mata Cikgu Saida kerana seorang pelajar yang sentiasa dimaki-hamunnya telah pergi buat selama-lamanya. Dia berasa sangat bangga kerana seorang pelajar yang tercorot dan dianggapnya bodoh telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM dan mendapat 10A+. Dihatinya timbul seribu penyesalan dan kesedaran yang menebal. Tetapi Ika telah meninggalkan alam ini dan kembali ke pangkuanNya.
            “Ajal dan maut di tangan Tuhan, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segalanya.” Getus Cikgu Saida sambil meneruskan langkahnya.
            Sesungguhnya, Tuhan itu maha mengetahui. Setanggi kasihmu guru adalah untuk setiap anak bangsa yang kau bentuk menjadi manusia yang berguna dari zaman ke zaman.

SEHIJAU KASIHMU

Sehijau Kasihmu
oleh: Abhen PPISMP BM 1 SEM 3
            Tuhan telah menciptakan pelbagai warna yang indah untuk mewarnai muka bumi ini dan kita sebagai manusia berhak untuk memilih warna yang kita suka. Sebagai umat yang menghuni muka bumi ini kita janganlah mengutuk warna yang kita tidak suka. Selain itu, kehidupan kita juga penuh dengan warna yang mewarnai hidup kita yang hanya sementara ini. Kita akan dijemput oleh-Nya apabila tiba masanya nanti. Oleh itu, hidup kita diwarnai oleh suka dan duka kerana hidup kita ibarat roda yang berputar. Kadang-kadang kita berada di atas dan ada kalanya kita akan berada di bawah. Itulah lumrah hidup manusia yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
            Kisah ini mengisahkan seorang remaja yang bernama Abhen. Abhen merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut di sebuah kolej dalam bidang Katering. Abhen merupakan anak kepada seorang usahawan yang b erjaya dan dia juga merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Abhen tidak memenuhi keinginan orang tuanya kerana dia telah memilih cita-citanya yang diimpikan olehnya sejak kecil lagi. Abhen merupakan seorang yang menggemari warna hijau. Baginya hijau adalah sebahagian daripada hidupnya dan dia berpandangan bahawa warna hijau juga memahami dirinya walaupun hijau itu bukan benda hidup tetapi sekadar warna sahaja. Apa yang malang dalam diri Abhen kerana majoriti rakan-rakannya tidak menyukai warna kegemarannya itu.
            Namun ada rahsia di sebalik warna hijau itu dalam hidup Abhen. Dia menganggap hijau itu damai, kasih, mesra dan simpati seperti yang terdapat dalam dirinya. Abhen sangat senang untuk bergaul dengan sesiapa yang baharu dikenalinya. Oleh itu, dengan kelebihan yang ada pada dirinya itu menyebabkan dia dikenali ramai oleh rakan sekampusnya. Dalam ramai kawan-kawannya Abhen paling rapat dengan Aidi iaitu rakan sekelasnya. Aidi juga berlatar belakangkan orang yang berada dan hidup mewah. Abhen tidak menghiraukan status Aidi kerana erti persahabatan lebih bernilai lagi baginya.  Aidi sangat memahami Abhen kerana dia  tahu bahawa Abhen  seorang yang sangat manja kerana dari kecil lagi dia dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu bapanya.
            “Hai monyet! Baru sampai ke?” tegur Abhen kepada Aidi. “Eh! Kepala otak kau beruk. Baru sampaila ni.” Balas Aidi. Tanpa membuang masa mereka berdua menyusun langkah kaki menuju ke kelas untuk kuliah masa pertama. Hubungan Abhen dengan Aidi sama seperti pasangan adik-beradik walaupun tidak mempunyai pertalian darah dan usia mereka hanya berbeza setahun sahaja iaitu Aidi lebih tua setahun daripada Abhen menyebabkan Abhen mempunyai rasa hormat kepada Aidi.
            “Abhen, balik kuliah lepas ni kita pergi jalan-jalan kat mall nak ke?” pelawa Aidi. “Tak ada masalah lagipun aku free je hari ni tapi ada satu syarat.” Kata Abhen. “Apa syaratnya?” Tanya Aidi. “Kau belanja aku.” Kata Abhen dengan slumber. “Boleh, tu boleh runding nanti la.” Jawab Aidi sambil menepuk belakang Abhen. Mereka melangkah keluar dari kelas sambil menuju ke arah kafeteria untuk menikmati makan tengah hari.
            Sejak hari itu, Abhen selalu diajak oleh Aidi bermalam di rumahnya memandangkan dia merupakan anak tunggal dan dia sering dihimpit rasa bosan yang melampau dan ibu Aidi juga sangat menyukai kehadiran Abhen di rumah mewah itu. Ibu Aidi telah menganggap Abhen sebagai anaknya sendiri. Abhen baharu mengetahui bahawa Aidi merupakan anak angkat keluarga tersebut dan ibu Aidi telah menceritakan segalanya kepada Abhen. Abhen turut simpati dengan nasib yang menimpa ibu dan bapa tiri Aidi itu.
            “Mak cik, Abhen suka sangat dengan keadaan rumah mak cik ni. Dinding-dinding berwarna hijau muda yang mendamaikan. Kawasan luar rumah yang dipenuhi taman yang bewarna hijau dan inilah keadaan yang saya impikan selama ini mak cik.” Terang Abhen dengan nada yang mendayu-dayu. “Abhen, mak cik pun suka dengan warna hijau kerana mak cik dulu asalnya dari kampung dan mak cik bertemu dengan pak cik kamu tu pun semasa pak cik kamu ada buat kerja kat kampung mak cik dulu. Teringat pula mak cik dengan kisah silam mak cik.” Jawab ibu Aidi sambil menceritakan kisah lampaunya kepada Abhen. “Aidi tak suka warna hijaukan mak cik?” Tanya Abhen. “Macam mana Abhen tahu?” Tanya Ibu Aidi tanpa menjawab soalan aku. “Aidi pernah cakap kat saya mak cik. Dia tak suka saya pakai barang yang berwarna hijau.” Balasku dengan nada kecewa. “Ooo, memanglah Abhen. Aidi memang tak berkenan dengan warna hijau. Tapi Abhen jangan ambil hati bila Aidi cakap macam tu dengan Abhen.” Jawab Ibu Aidi sambil memujukku.
            Dalam menempuh arus persahabatan antara Aidi dan Abhen, mereka telah diuji dan ternyata mereka tidak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut. Mungkin ada pihak ketiga yang membatasi persahabatan mereka sehingga hubungan mereka menjadi renggang dan hampir tidak bertegur sapa lagi dengan antara satu sama lain. Abhen tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja Aidi berubah dan setiap kali dia cuba menghampiri Aidi tetapi gagal kerana Aidi akan menjauhkan diri. Abhen ingin mencari kepastian tetapi dia tidak tahu caranya bagaimana.
            Jika sebelum ini, Aidi akan mengajaknya jalan-jalan setelah kuliah tamat tetapi sejak peristiwa misteri yang menyebabkan Aidi berubah sehingga balik pun Aidi tak memberitahunya.
            “Tuhan, di manakah silapku? Apakah yang telah aku lakukan sehingga menyebabkan sahabatku menjauhkan diri daripadaku?” Bisik hati kecil Abhen.
            “Ke mana aku hendak melangkahkan kaki ini Ya Tuhan? Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan untuk mengembalikan keadaan seperti dulu.” Bisik Abhen dengan kesal.
            Abhen termenung memanjang dan pandangannya bertukar ke arah sudut dinding di dalam biliknya yang ada tergantungnya kalender menunjukkan bahawa pada hari itu merupakan hari jadi Aidi. Abhen terfikir apa yang harus dia lakukan. Abhen mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Dia mendail nombor telefon Aidi dan hasilnya Aidi tidak menjawab panggilan daripadanya.
            “Aidi, apalah salah saya sehingga awak tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan saya? Jika saya bersalah awak bagi tau apa salah saya tu.”  Desis hati kecil Abhen.
            “Happy Birthday Aidi. Semoga panjang umur. Please forgive me.” Sistem mesej singkat (SMS) yang Abhen hantar kepada Aidi.
            Ternyata SMS itu tidak mendapat tindak balas daripada Aidi menyebabkan Abhen bertambah risau dan bimbang dengan apa yang sedang berlaku di antara mereka berdua.
            Keesokan paginya, Abhen turun kuliah dengan muka yang sangat menakutkan mungkin kerana terlalu sedih dan kecewa dengan sikap Aidi yang secara tiba-tiba membencinya dengan tanpa sebab yang dikenalpasti olehnya. Setelah sampai di dalam bilik kuliah Abhen menyedari bahawa Aidi belum lagi berada di dalam kelas sehingga masa kuliah tamatpun kelibat Aidi tiada kelihatan.
            “Aku mesti jumpa Aidi dan bertanya kepadanya mengapa dia berubah sejak akhir ini?” Tanya Abhen pada dirinya. Abhen meneruskan langkahnya sehingga tiba di tempat yang ditujunya.
            “Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.” Antara kata-kata yang pernah Aidi bisikan di telingaku. Tetapi kini tiada lagi kata-kata pujangga keluar dari mulutnya sebagai santapan aku setiap hari.
            Abhen meminta ibunya untuk menghantar dia ke rumah Aidi bagi menanyakan hal sebenar mengapa Aidi berubah dan tidak seperti dahulu. Setelah sampai di hadapan rumah mewah itu, Abhen terus keluar dari perut kereta ibunya lalu menuju ke dalam rumah itu. “Mak, tunggu sekejap Abhen nak masuk kejap.” Kata Abhen kepada ibunya.
            “Hai mak cik! Aidi mana?” Tanya Abhen tanpa ada rasa sega silu. “Aidi ada hal sikit nak. Sebab tu dia tak hadir kuliah.” Jawab ibu Aidi bagaikan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan Abhen. “Betul ke ni mak cik?” Tanya Abhen lagi. “Betul Abhen. Buat apa mak cik nak bohong dengan Abhen.” Jawab ibu Aidi membuatkan aku bertambah tertanya-tanya. Tanpa berkata apa-apa Abhen terus melangkah keluar dari perut rumah mewah itu dengan perasaan yang sangat menghampakan.
            “Tuhan, di manakah Aidi berada sekarang ini? Tunjukkanlah aku jalan untuk mencari di mana dia sekarang.” Bisik hati kecewa Abhen.           
            Persahabatan sememangnya indah bagi setiap manusia kerana sahabat yang sejati bukanlah sahabat yang selalu memuji kita tetapi yang dapat mencari kesilapan kita bagi membentuk kita agar menjadi sahabat yang lebih baik. Abhen menggariskan ayat tersebut sebagai kata-kata yang melambangkan persahabatannya dengan Aidi selama ini.
            Kringggggggg...........!!!!! Telefon rumah Abhen berdering menandakan ada orang yang sedang membuat panggilan. Abhen bergegas menuju ke arah telefon tersebut dengan pelbagai persoalan di dalam benak fikirannya.
            “Halo ! Abhen bercakap di sini.” Kata Abhen kepada orang yang membuat panggilan tersebut. “Abhen, boleh datang ke hospital sekarang ini?” Tanya orang yang membuat panggilan telefon tersebut yang tidak dapat dicam oleh Abhen suaranya.  
            Abhen terus bergegas mendapatkan bantuan ibunya untuk menghantar dia ke hospital yang berdekatan dengan rumahnya kerana dia tahu itulah satu-satunya hospital yang berada di kawasan itu. Abhen dirasuk oleh pelbagai perasaan yang berunsur negatif dan dia tahu bahawa panggilan itu berkait rapat dengan Aidi.
            Setelah sampai di hospital Abhen terus bertanya kepada salah seorang jururawat yang berada di kaunter pertanyaan di hospital itu. Abhen diburu oleh perasaan risau dan panik mengenangkan apa yang telah terjadi walaupun dia tidak tahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku. Abhen meneruskan langkah dengan sederap untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi.
            “Tenang Abhen!” Bisik hati kecilnya.
            Abhen cuba mencari di mana ibu Aidi kerana firasat dia mengatakan bahawa ibu Aidilah yang menelefonnya sejam yang lalu. Apabila dia menghubungi ibu Aidi menggunakan telefon bimbit tetapi tidak berjaya. Abhen terfikir ada sesuatu yang disembunyikan oleh keluarga Aidi daripada pengetahuannya.
            “Mengapa mereka perlu menyembunyikan perkara yang perlu aku tahu?” Bisik Abhen kecewa.
            “Mengapa juga aku perlu mengambil berat sangat terhadap keluarga Aidi?” Kata Abhen kepada dirinya.
            Setelah berputar dan berpusing di dalam hospital itu akhirnya Abhen berjaya bertemu dengan ibu Aidi yang kelihatan dalam keadaan yang bimbang.  Abhen terus melangkah mendapatkan ibu Aidi.
            “Mak cik, what going on?” Tanya Abhen. “Aidi, Aidi Abhen.” Jawab ibu Aidi tersedu-sedu.
            Abhen berfikir mengenangkan apa yang telah menimpa Aidi sehinggakan ibunya tidak mampu untuk bersuara. Abhen tidak tahu apa lagi yang hendak dia lakukan.
            “Kamu Abhen ke?” Sapa seorang lelaki yang sudah berusia dan   mempunyai raut wajah yang menakutkan. “Ya! Saya Abhen pak cik. Saya kawan baik Aidi. Pak cik ni ayah dia ke?” Balasku tergagap-gagap. “Ya! Saya bapa Aidi. Aidi tunggu kamu datang tu Abhen.” Kata bapa Aidi dengan nada sayu.
            Abhen terdiam sejenak mengenangkan perkara yang telah menimpa Aidi. Abhen berfikir bahawa dia tidak mahu kehilangan sahabat sejati dalam hidupnya.
            “Abhen, masuk sekejap. Aidi panggil awak.” Panggil ibu Aidi. “Betul ke ni mak cik?” balasku gembira. “Betul. Cepatlah.” Jawab ibu Aidi.
            Abhen melangkah masuk ke dalam bilik di mana Aidi sedang berada ketika itu dengan beraneka perasaan yang memburu dirinya. Abhen melihat Aidi sedang telantar di atas katil dengan keadaan yang memilukan. Abhen terus menghampiri Aidi untuk bertanyakan hal yang sebenarnya telah terjadi.
            “Aidi, kenapa awak berubah sejak akhir-akhir ini?” Tanya Abhen kepada Aidi. “Abhen, saya minta maaf dengan awak kerana saya telah membuat awak tertanya-tanya mengapa saya menjauhkan diri daripada awak. Saya tak sanggup nak berdepan dengan awak tambahan pula keadaan saya sekarang ni semakin kritikal.” Terang Aidi dengan panjang.
            Abhen melihat ke arah Aidi dengan sepenuh jiwa dan raganya. Abhen melihat banyak tompok-tompok bewarna hijau yang menjijikan melekat di kulit Aidi yang putih melepak itu.
            “Tuhan,  Apakah benda itu? Mengapa benda itu bewarna hijau dan menjijikan mata yang memandang? Kesian Aidi.” Bisik hati kecil Abhen.
            “Abhen, doktor kata aku ada menghidap sejenis penyakit yang berbahaya dan benda yang kau lihat ini adalah nanah yang menunggu masa sahaja untuk pecah dan keluar dari tubuh aku.” Terang Aidi kesedihan. “Kenapa kau tak pernah cakap dengan aku selama ini? Mengapa harus kau sembunyikan daripada aku?” Kata Abhen dengan kecewa.
            “Tuhan, jangan kau jemput Aidi terlalu awal. Dia sahabat yang terbaik aku di dunia ini. Kalau kau jemput dia, jemputlah aku sekali untuk menjaga dia nanti?” Pinta Abhen di dalam hatinya.
            “Abhen, sebelum aku menghembus nafas aku yang terakhir, aku ingin kau tahu bahawa aku memang bersyukur kerana dapat sahabat yang sangat baik seperti kau. Aku sayang kau Abhen. Hijau yang kau minat itu tidak sejijik warna penyakit aku ini. Kasihmu Abhen sehijau warna itu. Hijau merupakan tanda persahabatan kita. Abhen, jangan lupakan aku bila aku sudah tiada lagi menghuni muka bumi ini.” Kata Aidi pada Abhen. “Aidi, aku pun sayang dengan kau yang telah aku anggap macam abang kandung aku sendiri. Aidi jangan kau tinggalkan aku.” Rayu Abhen sambil air matanya mengalir ibarat manik-manik jernih jatuh ke atas lantai.
            Aidi memejamkan matanya selepas mencapai tangan kanan Abhen dan kelihatan Aidi tersenyum meninggalkan dunia yang malang ini. Abhen menangis sambil memeluk Aidi walaupun keadaan Aidi yang menjijikan itu tidak menjadi penghalang bagi dirinya.
            “Bersabar ya pak cik dan mak cik. Hidup mati di tangan Tuhan.” Kata Abhen kepada kedua-dua ibu bapa Aidi. “Ya Abhen. Kau pun anak mak cik.” Kata ibu Aidi.
            “Tuhan, mengapa kau jemput Aidi terlalu awal sedangkan aku masih mengharap teman sejati seperti dia untuk menemani aku sepanjang hidup?” Bisik Abhen dalam hatinya.
            Sesungguhnya warna juga dapat melambangkan kasih sayang antara kita dan sahabat sejati dalam hidup kita. Warna juga melambangkan ketulusan dan keikhlasan dalam menjaga hubungan persahabatan sehingga ke akhir hayat.
            “Aku sayang sahabat aku. Aidi, dialah sahabat sejati dalam hidupku. Semoga Aidi di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.” Bisik Abhen kesedihan.
            Abhen memulakan hidup yang baharu dan kini dia menjalani hidupnya tanpa sahabat yang memahaminya tetapi nama Aidi tetap bersemadi dalam kotak hatinya.   



Thursday, September 8, 2011

menangis lagi

sesungguhnya Tuhan mengapa aku jadi begini...bukan aku minta jadi seperti ini...lumrah yang aku tempuh menjadikan aku menjadi buah mulut dan bahan kutukan orang lain....sesungguhnya aku akui tidak sempurna dan aku tidak cacat..aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini....aku akui aku lemah dalam segalanya....bukan bermakna aku menjadi bahan boneka yang "hodoh" bagi mereka....kesedihan yang aku alami hanya membazir air mataku ya Tuhan....senang untuk aku mengalirkan air mata ini....aku sering tertipu dek masa.....aku sering dikhianati oleh manusia...sesungguh ini berlaku secara sengaja...kejam kah aku atau mereka yang kejam...???
Tuhan..lindungi aku..aku takut sekarang ini....aku bukan tidak percaya pada siapa-siapa.....mungkin baru aku kenal...sesungguhnya rahsia yang aku pendam mungkin akan dihebohkan oleh mereka-mereka yang aku percaya...mengapa harus mengkhianat...??itukah yang dikatakan kawan...sesungguhnya aku mungkin dijadikan bahan ketawa....lawakkah aku..??mungkin bagi mereka aku cacat walaupun nampak normal...sedih...
pengalaman aku yang lalu mengajar tetapi mengapa aku tidak pernah sedar dengan apa yang aku lakukan...??
akan ku bawa cerita seterusnya...

"niskala"


Sesekali ku masih terasa
Bersemuka bayangannya
Perlukah diriku, perlukan dirimu
Walau cuma seketika

Kita pernah ditakdir bersama
Bagai tanpa penghujungnya
Apakah masih terasa
Saatku lukakan jiwa
Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu
Indah sekilas pandangan mata
Hanya dijadikan sisa
Apakah masih terasa
Saat ku lukakan jiwa
Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu
Tak sanggup diriku, menahan sesalku
Hanya masih ada, ruang untuk bersatu
Lenyapkan bagi kegelapan
Andai semuanya, tersedar tuk selama-lamanya
Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu

Wednesday, September 7, 2011

i love my fren but i don't know they have a sama feel seem me..?

Kawan yang baik ialah
Ø  --kawan yang selalu menegur silap anda. (terima kasih je la)
Ø  -yang selalu perasan akan perubahan diri anda. (dia kata kita kutuk dia pulak)
Ø  -yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum. (akui.susah utk lakukan)
Ø  -yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya. (x semuanya seperti itu)
Ø  -yang tahu erti gurau, lawak, serius. (kebanyakan menseriuskan keadaan)
Ø  -yang faham hanya dengan kerlingan mata korang. (xda la)
Ø  -yang hidupnya, percaya korang. (jauh sama sekali)
Ø - yang dirinya tegak untuk korang. (huhu...bohong)
Ø  -yang jiwanya seirama dengan korang. (not...x)


sekadar ingin berkongsi tentang erti kawan..sesungguhnya kawan lebih beerti daripada kekasih..tanpa kawan siapalah kita..susah cari kawan dan bila senang lupa kawan...kawan ada di mana-mana tetapi yang sejati tu susah nak kata....aku ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkawan dengan aku yang hodoh lagi hina ini...sesungguhnya gurauan aku untuk suka-suka dan bukan untuk melukakan sesiapa...tiada guna air mata mengalir mengenangkan orang yang menghina kita walaupun tidak secara abstrak mahupun secara konkrit...aku pernah dikhianat suatu ketika dahulu oleh kawan rapat sendiri...aku dah anggap dia macam abang sendiri tetapi malangnya dia tikam aku dari belakang....biasanya..lidah lagikan tergigit apatah lagi......syukuri zaman persahabatan pada masa ini kerana ianya akan lenyap bila tiba masanya menjelma walaupun ianya tidak akan hilang sekali gus tetapi akan terhakis hari demi hari....i love my fren but i dont know what i want to say about them...aku tahu ramai orang yang jelik dengan perangai aku dan rasa terpaksa untuk bergaul dengan aku..tetapi tidak mahu memberi tahu hal yang sebenar...jujurlah...aku lebih rela hidup seorang diri berbanding hidup dengan orang yang penuh kepura-puraan...


andrew, presley, sebastian,jay, just,mark i miss u all...kau oranglah sahabat aku yang sebenarnya..mengapa kita harus berpisah dalam usia yang sebegini..mengapa aku dicampakkan ke tempat yang penuh penderitaan ini...aku mungkin mempunyai teman di sini tetapi tidak seperti kamu semua.....sukar untuk diagak.....manusia bertopengkan muka...malang sungguh nasib aku...orang yang paling aku benci ialah “kawan makan kawan”..mengapa perlu wujud manusia sebegini..?sedih sangat....im cry rigth now...01:11 p.m....



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?e4035b54361311503851b2fdd989ae28

Tuesday, September 6, 2011

kawan

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye?Huh? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. 

Monday, September 5, 2011

what going on..?

hai semua pembaca blog Abhen Love You.....saya kembali dengan satu cerita lagi...nak cerita pasal apa ow...????takkan nak merapu je...nanti bosan pulak orang baca....nak jaga hati seseorang memang payah even jaga hati diri sendiri pun dah membuatkan kita tertekan.....apatah lagi hati orang.....masalah aku sekarang ni....hari tu aku janji nak jumpa seseorang yang pernah hadir dan membahagiakan aku suatu masa dahulu....(wow...!!macam dah tua jak bunyi.....)
hehe..aku rasa tak dapat nak jumpa dia..masalahnya aku dah janji...hehe..sekali sekala boleh lah jadi pembohong.......hoho...ada lagi..aku janji pulak dengan kawan aku kat Sibu yg aku nak g jalan2 dgn dia jugak....ALAMAK...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mampus aku nanti dicop pemungkir janji..apa ku kesah..orang pun selalu buat aku macam tu....hehe...time aku pulak nak balas balik....jahat kau ABhen.....tapi boleh kira baik jugak...jadi ke tidak jadi ke tidak....
pukul 08:03 p.m  sekarang.....tak tau nak wat pe......ok lah....nanti aku sambung balik...ada lagi yang best....