Friday, July 1, 2011

all about love

Kita telah ditakdirkan dan dikurniakan segalanya tetapi kita sebagai manusia sangat sukar untuk mensyukuri apa yang kita dapat. Kita berhak untuk mencintai dan menyayangi sesiapa yang kita sayang dan kasih. Aku tersasar dari landasan percintaan kerana aku sedar siapa diri ini. Orang yang paling aku sayang dan cinta di dunia ini adalah "EMAK" aku. Emak aku tak seperti mak orang lain. Beliau adalah orang yang paling mulia bagiku kerana segala jasa dan pengorbanannya tidak ternilai. Memandangkan aku sahaja anak lelaki dalam keluarga serta jarak umur aku dengan kakakku memang jauh bezanya.

Emak ingin aku menjadi seorang guru. Sejak dari kecil aku itulah cita-cita yang emak ingin aku capai. Tapi, sekarang aku sudah berada diambang menjadi seorang guru. Emaklah orang yang paling bangga dengan tawaran yang aku dapat. Syukur sangat kerana itu boleh menyenangkan hati emak. Emak pernah berkata "kau dah ada elaun sekarang, cuba berdikari dan guna duit itu sebaiknya. Emak tak nak bagi kau duit biar kau pandai berjimat." Kata-kata itu hanya mainan bibir emak sahaja kerana disaat aku pokai emaklah menjadi bank no 2 aku. Emak mana yang tak sayang anak, Aku janji bila aku dah kerja nanti aku akan membahagiakan emak dengan bapa.

Emak memang kalau boleh tak nak berjauhan dengan aku. Dulu aku pernah bercita-cita pergi menyambung study ke negeri orang tetapi rezeki aku hanya di tempat sendiri. Sejak dari sekolah rendah sampai degree aku di Bintangor. Emak sangat gembira kerana aku ditempatkan di IPG yang boleh dikatakan berdekatan dengan rumah sendiri. Emak berpesan kepada aku bahawa apabila aku ingin posting nanti emak tidak membenarkan aku posting di negeri orang lain. Apa yang emak inginkan aku dipostingkan di Sarikei sahaja. Kalaulah aku ditempatkan di negeri lain orang yang akan mendampingi aku adalah emak.

Beralih ke kisah cinta...? Aku memang manusia biasa yang mahu dicintai dan mencintai. Aku mengaku secara jujur bahawa aku sukar untuk setia..Aku pada masa ini sedang dalam proses mencintai seseorang yang aku suka dari dalam dan luar dirinya. AKu mengaku bahawa dia sempurna berbanding aku. Aku tidak berani untuk meluahkan apa yang aku pendamkan dalam kotak hatiku padanya. Biar aku sahaja yang memahami bahasa cintaku. Bila aku lihat matamu sememangnya aku terbayang bahawa aku telah terbang dan melayang bersama dirimu.I LOVE U but i can't explain to you.

Cinta bukan perkara yang begitu mudah kita ungkapkan. Aku berharap suatu hari nanti kau akan menyedari yang selama ini aku mencintai dan menyayangi dirimu. Aku tidak akan pernah untuk berbisik kata-kata cintaku padamu..sukar untuk ku luahkan...

No comments:

Post a Comment