Monday, September 12, 2011

dari sudut sanubariku

Salam semua kepada pembaca setia blog abhen love you. Saya ingin berkongsi dengan kamu semua perasaan saya pada saat ini. Tepat jam 02:22 petang bersamaan dengan hari Selasa. Sedih sungguh pada hari ini dan apakah puncanya saya sendiri tak tahu. Macam mana nak terangkan kepada kamu semua. Sedihlah tu tak tau apa nak dikata lagi.
Bila terkenang nasib diri aku rasa macam tak mensyukuri dengan kurniaan Tuhan kepada aku. Dalam konteks ni aku tak bermaksud sedemikian. Aku pernah rasa dipersenda suatu ketika dahulu. Sekarang aku terpaksa melalui zaman yang sama dan bilakah zaman itu berakhir. Andai kamu semua dapat memahami aku, aku sanjungi itu kerana tiada siapa pun di dunia ini yang pernah membuat aku bahagia sekali. Mengapa malang sungguh nasibku ini? Mungkin memang aku ditakdirkan sebegini.?
Bila terkenang akan “si dia”. Siapa si dia tu? Aku pun tak tahu. Lama dah cerita ni terjadi. 2 tahun yang lepas dan mungkin aku dah melupakan hal itu sedikit demi sedikit dan tidak mampu untuk aku hakis segalanya. Sesungguhnya bukan salah aku pada masa itu. Demi menghargai seorang kawan aku lebih rela melepaskan dia dan bagi aku keputusan aku itu adalah jalan yang terbaik walaupun kenyataan menyiksa hidup aku. Tekanan yang ku dapat memang mengganggu setiap pelosok detik waktu hidupku. Dan kini aku mungkin mengalami masalah yang sama.
Sedih bila diceritakan dan lagi pedih bila ia dipendamkan. Aku tidak pernah menyesali apa yang aku lakukan untuk kamu malah aku mampu tersenyum walaupun payah bagi ku untuk lakukan. Aku ikhlas dengan semua itu tetapi apa yang aku dapat? Bukan dirimu yang ku harapkan....bukan...aku inginkan hubungan yang harmoni dan ceria di antara kita. Tetapi setiap gelakan dan nilai tawa yang engkau berikan akan berbalas dengan kepedihan terhadap diriku. Tidakkah jika engkau merasa apa yang aku rasa.? Payah ku tanggung semua ini.
Sedetik aku rasakan gila jadinya bila tidak melihat kamu dan mungkin bodoh aku juga merasakan begitu. Apalah gunanya kematangan yang ada pada aku untuk menghalang semua ini berlaku. Tiada pernah ku harapkan yang lebih-lebih dan tidak terdetik dan terlintas pun dihatiku untuk membenci kamu. Semoga kau bahagia di hari-hari muka mu. Itu doaku untuk mengiringi jalan depanmu. Berperibadi kepada diri jangan hilang harga diri.
Jangan cuba ingat dan imbas apa yang telah aku lakukan. Aku bermohon padamkanlah segala kenangan yang kita bina bersama dan biarlah ia dicairkan oleh hati nurani mu yang tidak pernah memahami aku ini. Jujur aku katakan aku sangat menyayangi dirimu sehingga kadang-kadang aku lupa akan diriku.
Sesungguhnya engkau tidak merasa apa yang aku rasa. Jika aku mati nanti jangan kau jenguk mayat hina aku. Jika aku mendirikan mahligai bersama orang yang terpaksa aku cinta jangan kau datang ke hari itu. Jika aku bisu suatu hari nanti jangan pernah kau cuba untuk bertanya dengan ku. Dan tunggulah bila aku buta supaya tidak dapat menatapi wajah dirimu lagi. Dan tunggulah saat pengebumianku agar segala berita pemergianku menjadi kegembiraan bagimu. Sesungguhnya hina aku dimatamu walaupun senyum dan tawa tidak ikhlas yang engkau lemparkan terhadapku.
Aku berjanji: aku juga tidak akan menghadiri bila kau mendirikan mahligai nanti dengan pasangan kau yang mungkin membuat aku benci. Dan aku tidak akan sama sekali bertanya kepadamu tentang apa yang aku alami dan sakiti bila menyintai engkau dan tiada balasan. Aku akan berjanji bahawa aku akan pergi untuk mengusung jenazah muliamu di mataku bila engkau pergi meninggalkan aku dan mungkin aku yang akan pergi dulu.
Sememangnya sedih bila terfikir atas sikapmu terhadap aku walaupun apa yang aku lakukan hanyalah untuk guruan bukan untuk menyakitkan. Setiap saat aku ingin bersama kamu dan setiap saat bersama kamu saat itu lah yang membahagiakan aku.
Pergimu tiada pengganti, ku harap kau bahagia di hari-hari, luahan hati seorang pencinta malang.......

1 comment:

  1. its ok kaban...take it easy.serahkan segala-gala pada tangan Tuhan.Biar Dia yang menentukan...

    ReplyDelete