Tuesday, September 20, 2011

kerja kursus Bahasa Melayu 2 PM3312 sem 1 ppismp jun 2010

1.0 Pengenalan
              Orang Melayu telah mula menggunakan tulisan sejak abad ke-4 Masihi di Champa, Vietnam. Kemudian, terdapat pula bahan tulisan berbahasa Melayu di Sajamerta, Jawa Tengah pada ke-7, Kota Kapur, Sumatera pada akhir abad ke-7, Pagaruyung, Sumatera Barat pada abad ke-14 dan di Minye Tujuh, Acheh juga pada abad ke-14. Kesemua bentuk tulisan itu menggunakan huruf India. Daripada tulisan ini lahir pula tulisan Jawa, Sunda dan Bali. Di samping tulisan India, terdapat juga tulisan yang tergolong sebagai tulisan rencong. Tulisan ini mempunyai pelbagai nama dan digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara.
              Orang Melayu mula menggunakan tulisan Arab atau Jawi kira-kira pada abad ke-3 hijrah atau ke-10 Masihi di Kedah dan kemudiannya pada abad ke-11 di Phang-Rang (Vietnam), Pahang, Brunei dan Gerisik di Jawa Timur. Selepas itu, wujud tulisan Arab dalam bentuk Jawi Melayu seperti pada batu bersurat atau prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang sangat banyak jumlahnya. Bahan bahasa Melayu yang bertulisan Jawi juga terdapat pada buku undang-undang, hukum kanun, kitab agama, hikayat, prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran tanah, kira-kira baitulmal, perubatan dan sebagainya.
             Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam segala urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga ditulis mengunakan tulisan jawi.
       
1.2 Sejarah Tulisan Jawi
Bahasa Melayu adalah di antara bahasa-bahasa di dunia yang mempunyai kelebihan, iaitu boleh ditulis dalam dua jenis tulisan iaitu tulisan Rumi dan Jawi. Di antara kedua-dua tulisan tersebut, tulisan Rumi dipilih sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Malaysia sebagi bahasa kebangsaan.
            Kami telah menimbangkan dengan halus berkenaan dengan perkara menggunakan tulisan Rumi atau Jawi di dalam bahasa kebangsaan itu dan cadangan digunakan Rumi dengan syarat diadakan pelajaran Jawi bagi murid-murid Islam (Penyata Pelajaran Razak, 1956:25).”
            Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahasa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi bagi  bahasa kebangsaan (Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67:9).
            Tulisan Jawi yang kita gunakan sekarang sebagai tulisan dalam bahasa dan persuratan Melayu, di samping tulisan Rumi, pernah menjadi alat komunikasi yang tunggal kira-kira 400 tahun yang lepas di Kepulauan Melayu dalam bidang perdagangan dan penyebaran ilmu pengetahuan, khasnya keagamaan.
            Mengapakah tulisan dan huruf Arab bila dijadikan sebagai alat tulisan bahasa Melayu dinamakan tulisan Jawi, tidak dinamakan tulisan Melayu atau tulisan Arab-Melayu atau sebagainya? Pendeta Za’ba mengatakan:
            Tulisan Melayu huruf Arab itu biasa disebut di Malaya sekarang ‘tulisan Jawi’. Ini adalah mengikut makna perkataan ‘Jawi’ dalam rangkai kata eperti Tanah Jawi, orang Jawi, datang dari Jawi, turun ke Jawi, kitab Jawi, ulama Jawi, masuk Jawi dan sebagainya.
            Kesimpulanya, istilah Jawi adalah nama seluruh bangsa di Kepulauan Melayu dan bahasa yang digunakan disebut ‘bahasa Jawi’. Oleh itu, tulisan dan huruf Arab yang digunakan sebagai alat bagi ‘bahasa Jawi’ itu disebut tulisan Jawi.
            Kedatangan agama Islam kealam Melayu, selain daripada penyebaran agama telah memperkenalkan huruf-huruf tulisan Arab. Kemudiannya, huruf-huruf itu dijadikan tulisan bagi persuratan Melayu. Bagi menyesuaikan dengan peraturan bunyi bahasa Melayu, orang-orang Melayu mencipta huruf-huruf tambahan yang tidak terdapat dalam huruf-huruf Arab.
Huruf-huruf yang berasal daripada Arab.
ر
ذ
د
خ
ح
ج
ث
ت
ب
ا
ف
غ
ع
ظ
ط
ض
ص
ش
س
ز

ي
ء
ه
و
ن
م
ل
ى
ق

29 huruf


Huruf-huruf yang dicipta oleh orang Melayu sendiri.

5 huruf

Dalam Konvensyen Tulisan dan Ejaan Jawi di Kuala Terengganu 1984, dicadangkan huruf wau bertitik di atas [ۏ] bagi melambangkan bunyi huruf Rumi [v].
1.3 Fonologi
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini sukar dikaji secara umum kerana memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam erti kata yang lebih luas, fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Ada juga yang mengaitkan fonologi dengan bidang sosiolinguistik, iaitu yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau berkomunikasi dalam masyarakat.
Fonologi ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.
Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan. Walau bagaimanapun, kajian fonologi sering didahului oleh fonetik kerana bidang membekalkan maklumat yang  diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang huruf vokal dan konsonan.
Fonologi mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Fonologi turut melihat cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikann serta mendapatkan satu cara yang tepat untuk menyebut bunyi sesuatu bahasa.
Bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkan semula menggunakan simbol-simbol khusus. Dalam kajian fonologi, misalnya untuk mengetahui sebutan sebenar sesuatu perkataan, kita perlu mengaplikasikan simbol-simbol fonetik agar kajian itu lebih bermakna. Ciri ini berbeza dengan kajian yang berkaitan kesusasteraan kerana kajian kesusasteraan lebih menekankan gaya.bahasa, kesan bunyi dalam persembahan dan ciri-ciri bahasa dalam puisi seperti asonansi, rima dan anomatopia. Dengan kata lain, kajian seperti ini tidak memerlukan trankripsi fonetik secara khusus.
1.3.1 Fonologi Tulisan Jawi
            Seperti yang dikatakan oleh ahli bahasa, fonologi adalah bidang yang mengkaji bunyi bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa tersebut. Bidang fonologi juga merumuskan, menghuraikan dan mengelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.
Di samping itu, sistem fonologi tulisan jawi adalah berbeza berbanding dengan tulisan rumi. Ini adalah kerana setiap aksara dalam tulisan Jawi mempunyai cara sebutannya yang tersendiri.
     Dalam sistem tulisan jawi, huruf-huruf jawi ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu vokal dan konsonan. Bunyi vokal dalam tulisan jawi ada tiga iaitu alif, wau dan ya.dalam tulisan jawi,aksara alif mewakili huruf ‘a’,aksara wau mewakili huruf ‘u’ dan aksara ya dapat mewakili dua huruf iaitu ‘e’ dan juga ‘i’. Huruf-huruf yang selebihnya adalah huruf konsonan.
     Selain itu,huruf jawi dapat dipadankan dengan huruf roman pada hari ini. Huruf-huruf yang mempunyai padanan dengan huruf roman ialah Ha, Ain, Fa, Kaf, Nun, Ca, Nga, Pa, Ga, Nya, Wau, Ya, Va, Ye. Manakala huruf yang tidak mempunyai padanan ialah, Sa, Zal, Shad, Dhad, Tho, Zho, Ain.

1.4 Sistem Ejaan
Sistem ejaan Jawi dan huruf Rumi berbeza disebabkan kedua-duanya mempunyai bentuk-bentuk huruf yang nyata berbeza antara satu sama lain. Huruf Jawi juga tidak ada peraturan huruf besar dan huruuf kecil kerana sistem penulisan huruf Jawi lebih mementingkan bentuk huruf. Selain itu, perbezaan ketara juga adalah dari segi cara penulisan ejaan Jawi yang bermula dari kanan, manakala ejaan Jawi yang bermula dari kiri ke kanan.
1.4.1 Kelompok Huruf Jawi
Berdasarkan sistem dan ciri huruf seperti yang telah dinyatakan, huruf-huruf Jawi dapat dibahagikan kepada tiga kelompok seperti yang berikut:
1.4.1.1 Kelompok A
Huruf Jawi dalam kelompok A ini dinamakan huruf perangkai. Huruf ini boleh dirangkaikan sesamanya, iaitu huruf ini boleh bersambung dengan huruf lain sebelumnya dan selepasnya. Sebanyak 27 huruf Jawi termasuk dalam kelompok ini seperti yang berikut:





























1.4.1.2 Kelompok B
Huruf-huruf Jawi dalam kelompok B ini dinamakan huruf pemutus. Huruf ini boleh disambungkan dengan huruf perangkai hanya di hadapannya sahaja dan tidak boleh disambung dengan huruf apa pun selepasnya. Sebanyak tujuh huruf Jawi termasuk dalam kelompok ini seperti yang berikut:


1.4.1.3 Kelompok C
Huruf-huruf Jawi dalam kelompok C dinamakan huruf berumah. Huruf ini boleh menjadi huruf perangkai. Jika huruf ini digunakan selepas huruf pemutus, maka sifatnya sama dengan huruf pemutus. Sebaliknya, jika huruf ini berada antara huruf perangkai, maka huruf ini memerlukan rumah dan melalui rumah itu sifatnya sama dengan huruf perangkai. Hanya terdapat satu sahaja huruf kelompok ini, iaitu huruf:

      Hamzah

1.5 Translitrasi
Melihatkan Raja Mendeliar dalam kebimbangan itu, sangat suka hati Si Kitul kerana mengenangkan muslihatnya mudah sahaja dapat mengenai Raja Mendeliar lalu dia pun berkata, “Jangan tuan hamba tidak tahu, pada malam tadi Naina Sura Diwan sudah datang menghadap Datuk Bendahara mempersembahkan emas sepuluh kati serta membukakan rahsia tuan hamba bersubahat dengan Feringgi, tujuannya hendak menyuruh membunuh tuan hamba. Akan sekarang sudah sabitlah di hati Datuk Bendahara segala cakap-cakap yang disampaikan Naina Sura Diwan itu.” 
(dipetik daripada Novel Dosaku, A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa Dan Pustaka 1994:123)



            

No comments:

Post a Comment