Tuesday, September 20, 2011

today is cloud...

Selamat petang semua.....saya ada cerita nak kongsi dengan ko’rang semua...apa khabar ko’rang semua...harap-harap sihat...aku letih ni sebab baru jak habis amali PJ3311P4 buat kali yang terakhir...bersyukur juga kepada Tuhan kerana aku berjaya menyelesaikan amali tersebut walaupun hasilnya tidak memadai....esok ada amali lagi dan mudah-mudahan malam ni tak da kelas En.Mahmud...

Ok....saya sambung cerita saya ok...kepada pembaca malang yang sanggup berkongsi suka duka saya..saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu semua....hehe...tak tau nak cerita...sedih rasanya....
Huhu....korang tak pernah rasa sedih kah..?mustahil la kalau tak pernah.....aku ni lah manusia yang tak pernah rasa bahagia.......even just for a while....memang payah nak cari kegembiraan dalam hidup ini....bila lagi masa tu akan tiba....kawan-kawan...?mengapa kadang-kadang aku rasa janggal dan rasa tidak diperlukan dalam kalangan kawan-kawan sejenis ku....menjengkelkan kah aku ini...??mengerikankah...???kejikah aku...??aku tak tahu lah nak kata apa..?aku diterima ikhlas oleh emak aku wujud ke dunia dan bapa aku pun menerima aku even aku sahaja anak lelaki dalam keluarga aku..jelikkah aku ini..??bukan nak membuka pekung didada apatah lagi menceritakan keburukan ibu bapa...hehe...kalau nak cerita kat blog ni...terlalu umum..tiada privacy....
Suatu ketika dahulu aku pernah dikutuk oleh orang perseorangan dan sehingga sekarang kata-kata keramat itu masih segar dalam ingatanku...hinakah aku wujud di muka bumi ini....salahkah aku menjadi salah seorang daripada penghuni muka bumi ini...??bukan ini yang aku pinta...aku hanya mencari jalan kebenaran dan bukan membawa kebencian orang terhadap diriku...kalau nak cerita memang payah...
Hehe..dulu...masa mula tahun 2008 aku masuk form 4...aku ditetapkan dan meneruskan pengajian dalam bidang sastera atau lebih dikenali kelas sastera..aku mengambil subjek Geografi, PSV, Kesusasteraan Melayu dan Sains....selainnya subjek teras dan mata pelajaran tambahan bahasa Iban...mula detik itu hidup aku dipandang serong oleh rakan-rakan sekelasku dahulu...dulu aku kelas 3A1....hehe...apalah ada sangat dengan kelas tu....setelah PMR diumumkan ramai rakan-rakan mengutuk aku dan mengatakan keputusan aku teruk...aku mendapat 2B,3C,3D dalam PMR 2007...percaya kah..?kalau tak percaya tak apa..teruk kan apa yang saya dapat.....
“Bhen, aku ingat di pandai mat nemu nya masuk kelas sastera gak d ney...” salah satu dialog yang mengutuk aku...sabar jak...itulah kata-kata yang memberi aku semangat untuk terus menimba ilmu sehingga aku ketemu jalan yang membawa aku berlayar di arena pendidikan....aku tidak sehebat mereka....aku lemah matematik dan bahasa Inggeris....aku akui....subjek ini aku hanya dapat nyawa-nyawa ikan dalam exam....
Hehe...emak aku banyak beri dorongan untuk aku terus belajar dan mencapai apa yang dihajati...aku target 8A dalam SPM 2009 dahulu tetapi niat tak kesampaian apabila diumumkan aku hanya mendapat 5A sahaja...kecewa...masih terngiang-ngiang lagi kata-kata emak aku...
“ujang, nibuh mayuh pan A nuan ila...5 iti aja udah cukup...” doa ibu aku yang tak putus dimakbulkan oleh Tuhan....sesungguhnya doa orang tua kita bermakna...aku tersadai untuk mendapat A bagi subjek sejarah dan sains..aku hanya mendapat B+ untuk kedua-duanya...sedih.....
Hehe...aku bukan rajin sangat belajar dulu....kadang-kadang bangun pukul 3 pagi belajar sampai 5.30 pagi..mandi lepas tu sambung lagi belajar...petang habis jak sekolah cuci baju lepas tu belajar..kadang-kadang aku tidur untuk mengambil tenaga....usaha amat penting untuk berjaya...hehe...kat sekolah dulu pun aku selalu kena kutuk even dengan cikgu sendiri...tapi aku sayang semua cikgu yang ajar aku form 5...BM-Cikgu Catherine Ajan, BI-Madame Pauline, Mate-Mr Chung, Pm-Cikgu Path, Goe-Miss Kiung, PSV-Mr Daili, Sas-Miss Aini dan cikgu sejarah dan sains aku yang disayangi...hehe...
Hehe...masuk ke cerita aku ni...tak kan...hehe..sekarang tepat jam 01:51 p.m. aku tengah duduk-duduk menenangkan segala otot yang kepenatan...haha...nak cerita lagi...korang pasti ada perasaan cinta akan seseorang yang korang suka kan...??tetapi keegoaan manusia tinggi dan sukar untuk kita mengaku apa yang kita pendamkan..
Aku pendamkan apa yang aku simpan dalam hati dan tidak mungkin aku akan ceritakan...apatah lagi kepada si dia yang disayangi...haha...aku teringat dengan kisah hidup aku dulu bila kehadiran seorang yang aku sayang telah membuat aku bahagia dan setiap apa yang berlaku membuatkan aku rindu saat-saat itu dan sekarang tiada lagi terdengar bisikan mesra....dia sekarang mungkin bahagia dengan orang yang tercinta dan aku derita mengenangkan nasib diri...memang susah untuk melupakan dia kerana kehadiran dia dahulu membuat kan aku lebih bersemangat untuk hidup...
Ada guna ka kita mencintai orang yang tidak mencintai kita???even apa yang kita lakukan telah melukakan hati dia...aku akui aku tidak sehebat mereka dan kekurangan...mengapa harus dia ditemukan??mengapa...kerana dia aku sanggup melupakan segalanya...dan aku sedar aku bertepuk sebelah tangan dan sampai bila pun tak akan berbunyi.....melihat dia tersenyum sudah membuatkan aku senang dan bila dia tiada kegelisahan mula melanda dan kemurungan akan menghantui aku...
Memang susah nak jauh....even untuk seketika...aku akui aku sayang dia...tapi...tapi pa Bhen...??cakap jak la...every second aku ingat kan dia...haha...melampau...dia mungkin tak lah.....apa lah jadahnya dia ingatkan aku..siapalah aku ini...hanya melukut di tepian gantang.....tapi sebelum aku menghembus nafas terakhir nanti aku akan confess segalanya kepada dia tentang apa yang aku rasa selama ini.....andainya aku pergi dulu sebelummu....
Aku...kalau aku dah sayang orang tu...memang aku sayang dia sehabis mati...memang payah untuk membenci dia........payah sangat walaupun dia menyakitkan hati.....I Lop U...but i know u hate i...i dont care...one day i want u to know what suffer of me to love u...air mata bukan ubat segalanya....
Saya nak mandi kejap lah.....ok lah..nanti saya sambung balik cerita saya....bye...jaga diri hiasi peribadi...

No comments:

Post a Comment