Tuesday, September 20, 2011

kerja kursus Bahasa Melayu 1 PM3311 sem 1 ppismp jun 2010

1.0          Pengenalan
Bahasa Melayu dituturkan oleh orang-orang Melayu. Bahasa Melayu dituturkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain sejak zaman-berzaman. Pewarisan bahasa daripada satu generasi yang lain ini tentunya menyebabkan perubahan berlaku pada bahasa tersebut, sama ada dari segi bunyi bahasa, bentuk bentuk kata, makna atau struktur ayat. Bahasa yang hidup ialah bahasa yang sentiasa berkembang dan terus dituturkan oleh bangsa yang berkenaan. Demikian juga bahasa yang bermigrasi akan terus hidup di tempat baharunya jika ada kumpulan manusia yang menuturkannya. Jangka hayat sesuatu bahasa itu juga akan lebih lama jika terdapat usaha-usaha penutur untuk menuturkannya kepada anak cucu mereka.
Penyebaran bahasa berlaku disebabkan oleh beberapa faktor penarik dan penolak. Faktor penarik merujuk tempat yang hendak didatangi oleh mereka itu dan menawarkan keadaan hidup yang lebih baik daripada yang sedia ada di tempat mereka. Faktor penolak pula adalah kerana mereka ingin lari dari keadaan yang tidak selesa di tempat asal mereka seperti kejadian kemarau, banjir, taufan dan malapetaka yang lain. Selain itu, migrasi penutur sesuatu bahasa juga berlaku atas sebab-sebab politik, sosial dan ekonomi. Dalam hal ini, mereka cuba meneroka pengalaman dan kehidupan baharu yang dibayangkan lebih baik dan menarik daripada yang sedang dialami oleh mereka. Imigran atau lebih tepat lagi disebut sebagai pelarian ialah hasil daripada peperangan yang berlaku di tempat tinggal mereka seperti serangan Amerika ke atas Vietnam menyebabkan banyak penduduknya menjadi pelarian.
Tuntasnya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai banyak ciri-ciri, fungsi dan kegunaan. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu yang betul amat diharapkan agar bahasa Melayu tidak dipinggirkan oleh penuturnya aslinya sendiri. Bahasa melambangkan identiti bangsa itu sendiri.

2.0  Sejarah Bahasa Melayu
2.1  Asal Usul Bahasa Melayu
Sebelum kita membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, elok kita tentukan terlebih dahulu tentang pengertian perkataan ‘Melayu’ itu sendiri. Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan ‘Himalaya’ yang telah disingkirkan kepada ‘Malaya’, kemudian menjadi Melayu. Perkataan ‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘hima’ dan ‘alaya’. ‘Hima’ beerti salji atau salju,  sedangkan ‘alaya’ beerti tempat. Dengan itu hima alaya maksudnya tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi.
Ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa Melayu itu daripada perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Dari situ timbul perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu.
Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa perkataan itu berasal daripada perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. Prasasti itu dibina sebagai peringatan tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Malayu pada tahun 1286. Pamalayu itu bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Malayu.
Begitu juga ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada Jawa Kuno dan juga Jawa Baru, iaitu mlaya dan mlayu yang beerti lari.
Akhir sekali ialah pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada Malayu, iaitu sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi. Kerajaan Malayu ini terwujud pada abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I Tsing pada 671M. Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama sebuah sungai yang terletak di situ, iaitu Sungai Malayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai adalah perkara biasa dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Kedah, Siak, Terengganu, Inderagiri dan banyak yang lain-lain, semuanya daripada nama sungai.
2.2  Ciri-ciri  Bahasa Melayu
2.2.1  Pengenalan
Pada zahirnya, bahasa-bahasa di dunia kelihatan berbeza antara satu sama lain, terutama dari segi bunyi dan bentuk. Namun demikian, menurut Lyons (1988), pada hakikatnya bahasa-bahasa ini memiliki sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama. Misalnya, semua bahasa mempunyai cara untuk menyampaikan perasaan, menanyakan soalan, mengemukakan permintaan, memberikan perintah dan mebuat kenyataan. Malah, apa-apa sahaja yang dapat dilahirkan dalam satu-satu bahasa itu dapat juga dilahirkan dalam bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, oleh sebab sesuatu bahasa itu boleh berkembang dan berubah, maka kerap terdapat istilah-istilah baharu dalam sesuatu bahasa, berbanding dengan bahasa yang lain. Fenomena begini memang sering berlaku, tetapi tidak menjejaskan sesuatu bahasa itu.
Secara umumnya, bahasa mempunyai ciri yang universal. Andaian ini dibuat berdasarkan manusia mempunyai otak yang sama bentuk dan fungsinya bagi menghasilkan bahasa. Semua manusia hidup dalam satu dunia dan pengalaman yang dialami diterjemahkan daripada satu budaya kepada budaya yang lain dan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal dan gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi-bunyi yang bermakna. Set-set konsonan dan vokal bagi setiap bahasa tersebut boleh bercantum untuk menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.
2.2.2  Bahasa Sebagai Satu Sistem
Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan yang tertentu, nahu atau struktur sintaksis. Dalam bahasa, terdapat unit dan unsur yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna strukturnya. Namun demikian, tidak semua percantuman unit dan unsur itu dapat dilakukan dan memberikan makna, melainkan dengan mematuhi cara dan peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa itu.
Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai sistem, bunyi dan lambing. Namun demikian, sistem setiap bahasa mempunyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Sebagai contoh, sekiranya kita diminta untuk menerangkan struktur bahasa Melayu, kita mungkin tidak dapat menjelaskannya secara teperinci, tetapi secara tidak langsung kita tahu tentang struktur bahasa itu dan bertutur dengan mematuhi peraturan dan struktur bahasa itu secara automatik. Malah, jika ada perkataan yang janggal atau salah digunakan oleh penutur lain, kita dapat mengesannya dengan cepat. Hal ini bermakna bahasa itu bersistem dan apabila bertutur, secara automatik kita memenuhi sistem tersebut serta menyusun struktur yang betul dalam bahasa yang kita gunakan untuk membolehkan pendengar memahami mesej yang hendak disampaikan.


2.2.3  Bahasa Bersifat Arbitrari
Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka  kita dapati bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Sebagai contoh, apabila ditunjukkan gambar seekor kuda, kita akan menyebut perkataan [kuda] untuk menamakan binatang tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris ia disebut horse, dalam bahasa Sepanyol disebut caballo, bahasa Perancis membunyikannya sebagai cheval dan bahasa Jerman membunyikannya pferd. Hal ini menunjukkan bahawa simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenang-wenangnya, iaitu tiada perkaitan antara bunyi dengan simbol secara tetap bagi bahasa-bahasa di dunia ini. Manusia yang berbeza budaya menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk sesuatu simbol yang sama.
Makna bahasa juga bersifat arbitrari. Sebagai contoh, apabila kita mendengar bunyi ring..ring..ring.., kita dengan sendirinya tahu bahawa bunyi itu ada kaitannya dengan loceng, sama ada loceng jam, loceng pintu atau loceng penjual aiskrim. Kita juga tahu bahawa seseorang  telah membunyikan loceng itu mempunyai makna yang ditentukan oleh pengguna bahasa itu sendiri. Demikian juga binatang yang diberikan nama dog dalam bahasa Inggeris bukan hanya merujuk fizikal binatang itu, tetapi juga terkandung makna ketaatan, kesetiaan dan pertolongan.
2.2.4  Bahasa Bersifat Unik
Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu, jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang tidak sama. Demikian juga dalam bahasa Inggeris, boys dan  boy’s menunjukkan bentuk dan makna yang berlainan. Walaupun semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur, tetapi mempunyai huraian yang tersendiri dari segi tatabahasa. Oleh sebab itulah satu tatabahasa yang sejagat tidak dapat diwujudkan untuk bahasa yang berbeza-beza itu.
Bahasa bersifat unik boleh juga dikaitkan dengan cara kita memperoleh bahasa itu sendiri, iaitu bahasa bukanlah sesuatu yang kita warisi sebagaimana kita mewarisi cirri-ciri fizikal keluarga kita seperti warna kulit, mata, rambut, dan bentuk badan. Bahasa merupakan sesuatu yang perlu kita pelajari secara tidak langsung daripada ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. Justeru, sekiranya seorang bayi berbangsa Cina yang sejak kecil dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga Melayu, maka bahasa yang diperolehnya ialah bahasa Melayu dan bukan bahasa Cina.
2.2.5  Bahasa Bersifat Sejagat
Setiap bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal, iaitu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Setiap bahasa mempunyai penuturnya dan tidak ada peraturan yang melarang individu lain mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini. Bahasa bersifat sejagat bukan bermakna hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan oleh semua orang. Hal ini kerana secara alamiah berpontensi untuk berbeza dan beraneka. Namun demikian, terdapat keuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunia ini.  
2.2.6  Bahasa Bersifat Dinamis
Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpontensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Sifat bahasa sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang lain. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu itu lazimnya tidak akan berubah.
2.3  Fungsi-fungsi Bahasa Melayu
2.3.1  Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Dan Bahasa Perpaduan
Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum terbesar. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah diperaku sebagai bahasa rasmi. Kedudukannya itu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Dalam hubungan ini, bahasa Melayu telah digunakan secara meluas dalam urusan-urusan rasmi seperti yang melibatkan pentadbiran kerajaan, majlis-majlis rasmi kerajaan serta bahasa penghantaran di sekolah-sekolah. Walaupun usaha ini dibuat secara berperingkat-peringkat, namun kita dapat menilai bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi agen penyatuan masyarakat.
Jelasnya, pengggunaan bahasa Melayu di negara kita berperanan sebagai penyatu masyarakat majmuk, pembangunan inspirasi negara yang bermatlamatkan keharmonian sejagat.
2.3.2  Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mempunyai dua peranan penting, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan segala lapangan dan sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat perpaduan dalam negara berbilang bangsa dan agama (Dato’ Hj. Hassan Ahmad, 1986:72).
Di samping itu, bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi bahasa penting dan utama dalam hakikat keilmuan moden pada hari ini. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu harus berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua cirri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa (Havranek dalam Garvin, 1984).
2.3.3  Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Sekolah
Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula di peringkat sekolah lagi kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dengan pengantar bahasa Melayu, di samping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. Ia juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi.
Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai disiplin ilmu dengan pengantar bahasa bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini lebih memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan ketepatan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, system bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsure dan nilai budaya yang tinggi. Tumpuan dan penekanan adalah untuk menjuruskan pelajar-pelajar ke    arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni masyarakat yang universal.
2.3.4  Bahasa Komunikasi
Bahasa merupakan alat komunikasi. Lantaran itu, hubungan antara bahasa dan masyarakat sangatlah rapat. Masyarakat menggunakan bahasa untuk melahirkan perasaan, menjana pemikiran dan juga untuk menjelaskan sesuatu yang tersirat dalam bentuk pertuturan.
Berdasarkan pernyataan di atas, bahasa Melayu dalam konteks perbincangan kita merupakan bahasa yang dapat berfungsi sebagai bahasa perhubungan . perhubungan ini pula mencakup pelbagai bidang dan pengunaannya pula mengikut situasi.
Bukanlah sesuatu yang aneh atau janggal sekiranya kita terjumpa dengan dua orang yang bukan Melayu namun bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah telah diterima guna sebagai bahasa yang dapat menyalurkan idea secara lebih meluas.
3.0  Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
3.1  Pengenalan
Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat tau ujaran, iaitu satu bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berurutan dan berulang-ulang. Menurut Gumperz (1971), apa yang dituturkan itu ialah bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan. Pendengar akan memilih beberapa ciri tertentu daripada percakapan itu serta menghubungkannya dengan makna dan situasi yang umum bagi bahasa itu. Penalosa (1981), berpendapat bahasa bertindak melalui du bentuk. Pertama, ia melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Keduanya, merangsang pemikran, situasi sosial dan makna. Kedua-dua bentuk ini berhubungan erat dan saling bertindak balas. Hubungan kedua-duanya amat rumit dan berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Penutur asli sesuatu bahasa dapat menuturkan bahasanya secara natural dan mudah. Sebaliknya, bagi penutur asing, hal ini mungkin sesuatu yang sukar dilakukan kerana struktur bahasa mereka yang berbeza.
Kita menggunakan udara yang bergerak keluar dari paru-paru untuk bertutur. Pada masa yang sama, kita mungkin berhenti seketika apabila menyedut udara dan menggunakan kemasukkan udara tersebut untuk  bertutur. Keadaan ini juga memberikan kesan kepada penghasilan ujaran yang nyaring, kuat atau perlahan dan tidak jelas kepada pendengar. Perkara sedemikian ada kaitanya dengan penghasilan bunyi bahasa atau bidang fonologi. Fenomena ini lebih difahami oleh pakar tetapi pertuturan yang mendalami bidang fisiologi pertuturan manusia. Mereka memanfaatkan ilmu ini dalam latihan dan pemulihan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian daripada kita yang mengalami masalah pertuturan. Pengetahuan ini juga penting kepada pakar yang terlibat dengan penggunaan suara secara ekstrem seperti guru vokal dan jurulatih suara untuk pelakon teater.
3.1.1  Takrif Fonetik
Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Tegasnya, bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.  Rajah yang berikut memperlihatkan kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik yang lain.
3.1.2  Takrif Fonologi
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini sukar dikaji secara umum kerana memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam erti kata yang lebih luas , fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan  ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Ada juga yang mengaitkan fonologi dengan bidang sosiolinguistik, iaitu yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang lain.
3.1.3  Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Fonetik
Fonologi
1.    Fonetik adalah subdisiplin linguistik kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikolgi manusia yang menghasilkannya.
1.    Fonologi adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik.
2.    Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksidan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.
2.    Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebaginya.
3.    Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori.
3.    Kajian adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal yang lain yang membentuk ayat.

3.2  Alat Artikulasi
Alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat ini terbahagi kepada dua, iaitu yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.
3.3  Fungsi Alat Artikulasi
Seperti yang telah dijelaskan, alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Senarai alat artikulasi manusia adalah seperti berikut:
Hujung lidah
Rongga tekak
Hadapan lidah
Rongga hidung
Tengah lidah
Rongga mulut
Belakang lidah
Tenggorok
Akar lidah
Epiglottis
Rahang
Pita suara
Anak tekak
Paru-paru


3.3.1  Anak Tekak
Anak tekak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Dengan demikian, anak tekak ini juga boleh digerakkan, sama ada dinaikkan atau diturunkan.
3.3.2  Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif dan boleh digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian di dalam mulut untuk menyekat perjalanan udara. Oleh sebab lidah ini sangat aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa, maka lidah dinamakan artikulasi utama.
Tiga bahagian yang awal, iaitu belakang, tengah dan hadapan lidah dikenali sebagai dorsum dalam bahasa Latin dan bermaksud ‘tulang belakang’ kepada pertuturan manusia.

3.3.3  Pita Suara
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam mengahsilkan bunyi bahasa. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara, manakala orang yang tidak mempunyai pita suara pula akan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua keeping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang antara kedua-dua selaput ini disebut glotis. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup, sementara apabila selaput itu direnggangkan, glotis menjadi luas.
3.3.4  Rahang
Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam penyembunyian vokal. Sebagai contoh, keadaan bukaan antara dua rahang atas dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vocal [u]. Sebaliknya, keadaan rahang akan terbuka luas semasa membunyikan vokal [a] dan [ә].
3.3.5  Rongga
Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam, sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung pada keadaan, sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan.
3.4  Daerah artikulasi
Daerah artikulasi merupakan tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Daerah artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa ialah bibir, gigi, gusi dan lelangit. Daerah artikulasi ini ada yang boleh digerakkan seperti lelangit lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan dan juga yang kedudukannya adalah tetap seperti lelangit keras, gigi dan gusi.
3.4.1  Bibir
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Bibir daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Sebagai contoh, apabila menyebut bunyi [i], keadaan bibir adalah hampar. Sebaliknya, apabila menyebut bunyi [u], kedudukan bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Sebagai contoh, apabila menyebut bunyi [m], aliran udara akan disekat di bibir.
3.4.2  Gigi 
Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Gigi terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas dan gigi bawah. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi [č] dan [ĵ] gigi turut berperanan sebagai daerah penyebutan.

3.4.3  Gusi
Gusi (alveolar) ialah alat pertuturan yang letaknya antara gigi dengan lelangit keras. Keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-gerakkan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkanbunyi [t] dan [d].
3.4.4      Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras (palatal/palatum) dan lelangit lembut (velar/velum). Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut. Lelangit keras merupakan tulang berbentuk cembung  pada bahagian atas mulut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut merupakan tisu lembut pada bahagian belakang lelangit keras. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Alat ini oral atau bunyi nasal. Apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Keadaan ini menyebabkan bunyi sengau terhasil, misalnya bunyi [n] dan [m]. Sebaliknya, apabila lelangit lembut dinaikkan, rongga hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar melalui rongga mulut. Keadaan ini menyebabkan terhasilnya bunyi-bunyi letupan dan geseran, misalnya bunyi [b] dan [h].
3.5  Bunyi Bahasa
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat perhubungan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan bunyi-bunyi suara dan daripada bunyi-bunyi itu terbitlah lambang-lambang yang berlaianan yang boleh digambarkan di atas kertas atau dituliskan.
Asmah Hj. Omar (1986) mengatakan bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia lain, yakni dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh manusia. Bunyi-bunyi itu tersusun menurut makna yang ada dalam sesuatu masyarakat pengguna bahasa tertentu sehingga dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran yang sudah dan sedang dilahirkan tetapi juga yang akan dilahirkan.
Tegasnya, bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan bunyi kepada makna. Kita boleh katakan bahawa sesuatu bahasa itu terdiri daripada semua bunyi perkataan dan ayat yang berhubungan antara satu sama lain. Apabila dikatakan seseorang itu tahu bahasa bermakna dia tahu bunyi-bunyi bagi bahasa tersebut dan gabungan peraturannya. Dengan kata lain, bahasa merupakan sistem berkomunikasi secara bunyi yang diucapkan melalui alat-alat pertuturan dan pendengaran dan melaluinya terbitlah simbol-simbol yang diproses dan diterima umum.
3.5.1 Bunyi Vokal
Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh getaran pada pita suara akan mengalami perubahan bentuk lain di sepanjang aliran arus bunyi. Dalam sesuatu bahasa, setengah-setengah artikulasi terus menutup atau menyempitkan aliran udara, manakala yang lainnya melepaskan arus udara yang mengalir melalui rongga mulut dengan bebas. Bunyi-bunyi vokal terhasil dengan cara ini.
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Tegasnya, bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Oleh sebab bunyi vokal dihasilkan melalui penyuaraan, maka pita suara merupakan alat yang penting sekali dalam penghasilan bunyi vokal. Jika bibir dan lidah berada pada satu keadaan, rongga yang dilalui oleh udara yang bergetar akan menyebabkan terbitnya kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan nada yang tertentu.
Vokal bahasa Melayu diberikan nama berdasarkan kedudukan lidah dan ketinggian lidah diangkat, luas bukaan rahang serta keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi vokal tersebut. Sebagai contoh, [i] dinamakan vokal depan yang sempit kerana kedudukan vokal ini adalah di hadapan lidah, lidah diangkat tinggi dan keadaan bibir hampar semasa membunyikan vokal ini. Vokal [e] pula diberikan nama vokal ini adalah di hadapan lidah, rahang dibuka sedikit atau sempit, lidah pula diangkat separuh tinggi dan keadaan bibir adalah hampar. Secara keseluruhannya, vokal bahasa Melayu dapat dikategorikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:
(A)  Vokal Hadapan
[i]- vokal hadapan sempit
[e]- vokal depan separuh sempit
[ԑ]- vokal depan separuh luas
[a]- vokal depan luas/lapang
      (B) Vokal Belakang
           [u]- vokal belakang sempit
           [o]- vokal belakang separuh sempit
           [ͻ]- vokal belakang separuh luas/lapang
      (C) Vokal Tengah
            [Ə]- vokal tengah
Cara membunyikan setiap vokal
Huraian yang berikut menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam gambar rajah bagi membantu kita memahami cara setiap vokal tersebut dihasilkan.
(a)  Vokal depan sempit [i]
Cara membunyikannya:







awal
tengah
Akhir
Ikan
Bila [bila]
Tali [tali]
Ibu
Tiba [tiba]
Padi [padi]

(b)  Vokal depan separuh sempit [e]
Cara membunyikannya:






awal
tengah
Akhir
Enak
teleng
Tauge
elok
leher
tempe

(c)  Vokal depan separuh luas/lapang [ԑ]
Cara membunyikannya:





awal
tengah
Akhir
Esa
Belek
Tauge
Enak
belok
Tempe

(d)  Vokal depan luas [e]
Cara membunyikannya:





awal
tengah
Akhir
Awan
kadar
Siapa
anak
Beras
nama
(e)  Vokal belakang sempit [u]
Cara membunyikannya:





awal
tengah
Akhir
Ubat
bulat
Batu
ular
Sudu
palu

(f)   Vokal belakang separuh sempit [o]
Cara membunyikannya:






awal
tengah
Akhir
Orang
Tolong
pidato
otak
bohong
Koko

(g)  Vokal belakang separuh luas/lapang [ͻ]
Cara membunyikannya:





awal
tengah
Akhir
Orang
borong
Soto
oleh
Bolot
teko

(h)  Vokal tengah [ә]
Cara membunyikannya:


awal
tengah
Akhir
Emak
Penat

empat
tenat


3.5.2 Bunyi Konsonan
Konsonan atau secara tradisional dinamakan huruf mati ialah huruf-huruf selain vokal. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan, misalnya apabila menyebut konsonan sengau, bunyi sengauan. Konsonan terbahagi kepada dua, iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman. Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli dan 8 bunyi konsonan pinjaman.
3.5.3 Bunyi Diftong
Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani yang bermakna suara atau disuarakan. Daripada makna tersebut, terhasillah dipthong yang bermaksud dua vokal atau bunyi yang hanya menduduki satu suku kata.
Menurut Arbak Othman, 1986:58, diftong adalah rentetan dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan yang tatkala menghasilkannya tidak ada hentian sebenar atau ‘hiatus’ yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya. Oleh sebab sifatnya yang dicirkan oleh satu puncak kelantangan, maka diftong adalah silabis.
Gabungan dua bunyi vokal yang disebut secara berterusan (dalam satu hembusan nafas) dan semasa menghasilkannya terdapat ciri geluncuran. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan vokal yang lain (Raminah Hj. Sabran, 1986:77).
Huruf diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ai], au] dan [oi] (Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, 1987:6).
3.5.4 Diftong Bahasa Melayu
            Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong yang standard, iaitu [ay], [aw] dan [oy]. Dalam otografi bahasa Melayu, diftong ini dilambangkan sebagai [ai], [au] dan [oi], misalnya dalam perkataan pakai, lampau dan kaloi. Dalam perkataan asli bahasa Melayu, diftong hanya terdapat pada suku kata kedua atau suku kata kata terbuka. Dalam keadaan yang lain, kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkatan sahaja.
            Dalam bahasa Melayu, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong mempunyai puncak kelantangan dan terdapat ciri geluncuran dalam membunyikannnya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana hendak membunyikan sesuatu vokal yang lain.
            Diftong bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal

4.0  Rumusan
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan di seluruh Nusantara. Bahasa Melayu ini merupakan bahasa yang dikenali di seantaro dunia. Bahasa Melayu mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan manusia yang menuturkan bahasa ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dapat menyatupadukan seluruh penduduk yang menjadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi negara mereka.
Selain itu, bahasa Melayu haruslah dijaga kerana hari demi hari kian tersebar khabar yang menyatakan bahawa bahasa Melayu kian terhakis dan penggunaannya disalahgunakan. Bahasalah yang menjadikan sesebuah negara menjadi aman dan makmur kerana bahasa dapat menyatukan rakyat di sesuatu negara.

             Tuntasnya, pemeliharaan bahasa amatlah penting kerana bahasa merupakan wadah yang paling penting dalam merealisasikan segala impian negara. Oleh itu, haruslah diterapkan dalam diri setiap masyarakat betapa pentingnya penggunaan bahasa yang betul.

No comments:

Post a Comment